Powered by Blogger.

Kata Kunci Rumusan SPM

Dalam usaha menghasilkan sebuah pendahuluan rumusan yang baik ketika SPM, antara yang perlu dititikberatkan ialah penukaran Kata Kunci dengan kata yang setara.

antara kata kuncinya ialah:
1. Sebab/ punca
2. Kesan/ akibat/ implikasi/ natijah
3. Langkah/ cara/ tindakan/ strategi/usaha/ teknik/ modus operandi
4. Faedah/ kelebihan/ manfaat/ kekuatan/kepentingan/ kemaslahatan.
5. Peranan/ fungsi/ tanggungjawab/ tugas/ kewajipan
6. Kekangan/ halangan/ rintangan/batasan/masalah
7. Kelemahan/ keburukan/ kekurangan
8. Ciri-ciri/ sifat-sifat/ kriteria
9. Usul/cadangan/ pendapat/ pandangan

contoh soalan:

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah menyertai Program Latihan Khidmat Negara dan langkah-langkah untuk menggalakkan remaja.Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

jawapan:

Petikan membincangkan kelebihan menyertai Program Latihan Khidmat Negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS